Tag: remaja melepak

PUNCA REMAJA SUKA MELAKUKAN PERBUATAN MELEPAK

Perbuatan melepak di kalangan remaja didapati masih berlaku. Pada pendapat saya, isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan melepak.

 

# Sikap Negatif Remaja Sendiri

Sebab berlakunya perbuatan melepak ialah sikap remaja sendiri. Remaja yang melepak tidak mempunyal cita-cita yang jelas dan kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang tidak diamalkan ialah menghargai waktu. Oleh itu, sewajarnya para remaja menghargai masa mereka kerana `masa itu adalah emas’.

 

# Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi penyebab kepada perbuatan melepak. Terdapat remaja yang terpengaruh dengan rakan untuk pergi ke pusat membeli-belah dan melepak di sana. Semasa melepak, terdapat remaja yang mengganggu ketenteraman orang ramai dengan membuat bising. Terdapat juga remaja yang berdua-duaan dan melakukan perbuatan yang kurang bermoral.

 

# Faktor Keluarga

Sikap keluarga juga menjadi penyebab perbuatan melepak di kalangan remaja. Terdapat ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak¬anak. Akibatnya anak-anak berasa bosan berada di rumah. Akhirnya anak-anak bertindak keluar dari rumah untuk menghiburkan hati dengan berjumpa rakan-rakan, maka terjadilah perbuatan melepak.


# Sikap Tidak Kisah Masyarakat

Sikap masyarakat juga boleh menjadi penyebab kepada perbuatan melepak. Terdapat ahli masyarakat yang menganggap perbuatan melepak di kalangan remaja adalah ‘perkara biasa’. Tambahan pula remaja yang melepak itu bukan merupakan ahli keluarga mereka. Perbuatan melepak yang tidak ditegur ini pasti akan berterusan dan akhirnya meruglkan para remaja, masyarakat dan seterusnya negara kita.

 

# Penguatkuasaan Undang-Undang Kurang Ketat

Penguatkuasaan undang-undang yang kurang ketat daripada pihak berkuasa dan pihak kerajaan juga menjadi penyebab perbuatan melepak. Buat masa Ini tiada undang undang yang membolehkan remaja yang melepak ditangkap. Justeru, remaja menganggap perbuatan melepak ini tidak salah di sisi undang-undang. Oleh itu, perbuatan melepak ini semakin menjadi-jadi di kalangan remaja.

CARA MENGATASI PERBUATAN MELEPAK DI KALANGAN REMAJA

Perbuatan melepak di kalangan remaja didapati semakin bertambah. Isu remaja melepak ini wajar dipandang serius oleh pemimpin masyarakat. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi perbuatan melepak.

 

Antara cara-cara mengatasi perbuatan melepak ialah dengan membetulkan sikap para remaja. Setiap remaja mesti mempunyai cita-cita dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah nilai menghargai masa dan nilai kerajinan. Justeru, para remaja mesti memenuhi masa lapang mereka dengan aktiviti¬-aktiviti berfaedah seperti membaca dan bersukan.

 

Selain itu, keluarga juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi perbuatan melepak. Contohnya, ibu bapa mesti menasihati anak-anak mereka agar menjauhi perbuatan melepak dan menerangkan kesan negatif perbuatan melepak. Ibu bapa juga mesti memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar anak-anak berasa dihargai dan disayangi selalu. Ibu bapa juga mesti memantau pergerakan anak-anak pada setiap masa agar mereka tidak melakukan perbuatan yang tidak berfaedah seperti melepak.

 

Masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi perbuatan melepak. Contohnya, masyarakat setempat mesti menegur dengan baik perbuatan melepak di kalangan remaja. Jika para remaja masih terus melepak, bantuan daripada ketua masyarakat perlu diminta. Bantuan juga boleh diminta daripada pihak polis kerana perbuatan melepak ini kadangkala boleh menyebabkan masalah sosial yang lain seperti mencuri dan mengganggu ketenteraman awam.

 

Di samping itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam mengatasi perbuatan melepak. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi remaja memang tidak dapat dinafikan. Contohnya, media massa seperti televisyen boleh menyiarkan kempen menjauhi perbuatan melepak. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana tentang keburukan melepak agar dapat menyedarkan golongan remaja.