Tag: mengatasi masalah remaja

PUNCA REMAJA SUKA MELAKUKAN PERBUATAN MELEPAK

Perbuatan melepak di kalangan remaja didapati masih berlaku. Pada pendapat saya, isu ini tidak boleh dipandang ringan oleh pemimpin masyarakat. Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan melepak.

 

# Sikap Negatif Remaja Sendiri

Sebab berlakunya perbuatan melepak ialah sikap remaja sendiri. Remaja yang melepak tidak mempunyal cita-cita yang jelas dan kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang tidak diamalkan ialah menghargai waktu. Oleh itu, sewajarnya para remaja menghargai masa mereka kerana `masa itu adalah emas’.

 

# Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi penyebab kepada perbuatan melepak. Terdapat remaja yang terpengaruh dengan rakan untuk pergi ke pusat membeli-belah dan melepak di sana. Semasa melepak, terdapat remaja yang mengganggu ketenteraman orang ramai dengan membuat bising. Terdapat juga remaja yang berdua-duaan dan melakukan perbuatan yang kurang bermoral.

 

# Faktor Keluarga

Sikap keluarga juga menjadi penyebab perbuatan melepak di kalangan remaja. Terdapat ibu bapa yang kurang memberikan kasih sayang dan perhatian kepada anak¬anak. Akibatnya anak-anak berasa bosan berada di rumah. Akhirnya anak-anak bertindak keluar dari rumah untuk menghiburkan hati dengan berjumpa rakan-rakan, maka terjadilah perbuatan melepak.


# Sikap Tidak Kisah Masyarakat

Sikap masyarakat juga boleh menjadi penyebab kepada perbuatan melepak. Terdapat ahli masyarakat yang menganggap perbuatan melepak di kalangan remaja adalah ‘perkara biasa’. Tambahan pula remaja yang melepak itu bukan merupakan ahli keluarga mereka. Perbuatan melepak yang tidak ditegur ini pasti akan berterusan dan akhirnya meruglkan para remaja, masyarakat dan seterusnya negara kita.

 

# Penguatkuasaan Undang-Undang Kurang Ketat

Penguatkuasaan undang-undang yang kurang ketat daripada pihak berkuasa dan pihak kerajaan juga menjadi penyebab perbuatan melepak. Buat masa Ini tiada undang undang yang membolehkan remaja yang melepak ditangkap. Justeru, remaja menganggap perbuatan melepak ini tidak salah di sisi undang-undang. Oleh itu, perbuatan melepak ini semakin menjadi-jadi di kalangan remaja.

CARA MENANGANI PERMASALAHAN DI KALANGAN REMAJA

Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di kalangan remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke setahun. Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan pergaulan bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menangani permasalahan di kalangan remaja.

Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan membantu mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial remaja. Para remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati terdapat remaja yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara berhikmah.

Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di kawasan yang dipimpin secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi. Jika para remaja melihat masyarakat mengambil berat tentang perlakuan mereka pasti para remaja akan memperbaiki tingkah laku mereka.

Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan remaja. Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda seseorang. Media elektronik dan media cetak perlu menayangkan program yang dapat meningkatkan harga diri remaja.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut.