Tag: masalah pelajar

LANGKAH MENANGANI MASALAH DISPLIN PELAJAR

Sedar tidak sedar masalah disiplin pelajar ini didapati semakin bertambah setiap tahun. Masalah disiplin pelajar bukan sahaja menyusahkan diri pelajar tetapi juga ibu bapa dan pihak sekolah. Dalam menangani masalah disiplin pelajar ini, ada beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak.

 

Peranan Pihak Sekolah

Dalam mengatasi masalah disiplin pelajar, pihak sekolah patut memainkan peranan utama. Pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di atas masalah disiplin di sekolah. Pihak disiplin sekolah mesti berfungsi dengan baik dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelbagai program mesti diadakan untuk menangani masalah displin pelajar seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah dan pelajar cemerlang dalam akademik. Selain itu, pihak sekolah juga boleh meminta bantuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PlBG) dalam menangani masalah disiplin pelajar.

Peranan Kementerian Pelajaran

Kementerian Pelajaran juga boleh mengambil langkah-langkah yang perlu bagi menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran mempunyai kuasa untuk menggubal peraturan baru bagi memperbaiki masalah disiplin pelajar. Kementerian Pelajaran juga mesti memantau keadaan disiplin pelajar di sekolah pada setiap masa. Tindakan Kementerian Pelajaran meminta kerjasama pihak polis dalam menangani disiplin pelajar adalah tindakan yang baik. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengambil tindakan yang tegas kepada pihak pentadbiran sekolah yang cuba menyembunyikan masalah disiplin pelajar di sekolah mereka.

Peranan Ibu Bapa

Di samping itu, pihak ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa. Justeru, ibu bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untuk mengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah dan cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya.

Peranan Pelajar Sendiri

Selain itu, pelajar itu sendiri mestilah mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah baik hati, bertolak ansur dan mematuhi peraturan sekolah. Jika semua pelajar mengamalkan nilai murni, maka tiadalah masalah disiplin di sekolah. Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada sekolah dan ibu bapa. Selain itu, didikan agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

SEBAB BERLAKU MASALAH DISPLIN DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

Pernahkah kita menyedari apakah yang menyebabkan banyaknya berlaku masalah displin di kalangan pelajar sekolah.

 

Antara sebab berlakunya masalah displin pelajar ialah sikap pelajar itu sendiri. Pelajar yang tidak berdisiplin ini lazimnya tidak mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan kurang didikan agama serta moral. Oleh itu, mereka kerap melanggar peraturan sekolah seperti datang lambat, merokok dan bergaduh. Sewajarnya para pelajar mematuhi peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi kebaikan semua pihak di sekolah.

 

Pihak seterusnya yang mempengaruhi masalah disiplin di sekolah ialah ibu bapa. Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak memberikan didikan nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka. Ada ibu bapa sering memarahi anak-anak tanpa alas an munasabah. Anak-anak yang tidak bahagia di rumah, turut berasa tidak bahagia juga apabila berada di sekolah. Kesannya, mereka akan melakukan pelbagil perkara yang melanggar disiplin sekolah. Oleh itu, sewajarnya pihak ibu bapa dapat memberikan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak agar anak­ anak dapat ke sekolah dengan perasaan tenang dan ceria.

 

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong kepada masalah disiplin pelajar. Pelajar sewajarnya memilih rakan yang baik, berdisiplin serta rajin belajar. Jika pelajar memilih rakan sebaya yang tidak baik akan turut terpengaruh dengan perbuatan negatif tersebut. Lazimnya, pelajar yang tidak berdisiplin selalu melanggar peraturan sekolah seperti ponteng kelas dan merosakkan harta benda sekolah. Oleh itu, ibu bapa hendaklah memantau dan mengenali rakan-­rakan anak mereka serta memastikan rakan-rakan anak mereka bebas darlpada unsur negatif.

 

Di samping itu, sikap pihak sekolah juga boleh mendorong ke arah wujudnya masalah disiplin di kalangan pelajar. Justeru, pihak sekolah mestilah sentiasa memantau pelakuan pelajar pada setiap masa dan menghukum pelajar yang melanggar peraturan sekolah.