Tag: kegunaan internet

5 KEBAIKAN INTERNET DALAM KEHIDUPAN

Dengan kewujudan internet pada kini telah banyak mempengaruhi kehidupan kita. Internet boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada masyarakat dan negara. Jika kita menggunakan internet untuk tujuan baik maka banyak faedah boleh didapati melaluinya. Oleh itu, kita hendaklah menggunakan internet dengan baik. Terdapat banyak kebaikan jika kita menggunakan internet dengan baik. Berikut adalah beberapa kebaikan secara umum kebaikan internet kepada kita.

 

# Mendapatkan Maklumat

Antara kebaikan internet ialah ia membolehkan kita mendapatkan maklumat tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, internet banyak digunakan oleh pelajar sekolah dan pelajar universiti untuk mendapatkan maklumat tentang pelajaran. Dengan menggunakan perkhidmatan internet, kita akan mendapat maklumat yang diperlukan dengan cepat dan kosnya pun murah. Maklumat-maklumat ini boleh dicetak atau disimpan dalam computer dengan cepat dan mudah.

 

# Berkongsi Maklumat

Selain itu, kita juga boleh menggunakan internet untuk menghantar sesuatu berita atau maklumat. Kita boleh menghantar maklumat atau berita melalui perkhidmatan e-mel. Perkhidmatan e-mel ini adalah percuma dan cepat sampai kepada pihak penerima. Pihak penerima juga boleh menghantar maklumat atau berita kepada kita dengan cepat.

 

# Peluang Perniagaan

Kebaikan internet yang seterusnya ialah ia membantu aktiviti perniagaan. Peniaga boleh mengiklan dan menjual barang-barang keluaran syarikat mereka secara langsung kepada pelanggan di seluruh dunia. Dengan ini peniaga pasti akan mendapat keuntungan yang lebih banyak. Pelanggan juga dapat mengurangkan kos apabila membeli barang-barang daripada internet.

 

# Membayar Bil             

Di samping itu, kita juga boleh membayar pelbagai jenis bil melalui internet. Dengan kemudahan yang ada di internet ini, kita boleh menjimatkan wang bagi kos pengangkutan untuk membayar bil seperti bil telefon, elektrik dan air. Kita juga dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter pembayaran bil.

 

# Medium Hiburan

Dengan menggunakan internet, kita juga boleh mendapatkan pelbagai jenis hiburan. Kita boleh mendengar radio daripada pelbagai stesen radio. Kita juga boleh menonton televisyen daripada pelbagai stesen televisyen. Melalui perkhidmatan internet, kita juga boleh menonton pelbagai jenis sukan di seluruh dunia secara langsung.