Tag: keburukan buli

PUNCA BERLAKU PERBUATAN KES BULI DI SEKOLAH

Kini, isu buli di sekolah merupakan masalah displin yang sangat serius. Isu buli ini hangat diperkatakan kerana beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan ada juga yang menyebabkan kematian. Sesungguhnya isu ini tidak harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidang pendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan negara. Berluasanya isu buli telah menjadikan sistem pendidikan negara terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana menjadi mangsa buli. Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa? Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan membuli di sekolah.

 

Punca utama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-­kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untuk membalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah.

 

Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering dimarahi dan didenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepada ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telah menyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.

 

Faktor pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kepada terjadinya kegiatan membuli. Pengaruh rakan sebaya dalam tingkah laku seseorang memang tidak dapat disangkal lagi. Terdapat pelajar yang membuli pelajar lain kerana mengikut kawan. Mereka seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka. Lebih menjejaskan keadaan apabila perbuatan buli ini boleh membawa kepada kecederaan atau kematian.

 

Perbuatan buli juga boleh berpunca daripada pengaruh media massa. Media massa yang paling berpengaruh ialah televisyen dan permainan video. Dewasa ini terdapat banyak stesen televisyen yang menayangkan filem yang berunsur ganas. Sewajarnya pihak media perlu memastikan program yang disiarkan di televisyen tidak mendatangkan kesan negatif kepada golongan muda, terutamanya peiajar sekolah.

 

Pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah  dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajar akan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.

LANGKAH MENANGANI MASALAH BULI DI KALANGAN PELAJAR

Masalah membuli di sekolah patut ditangani dengan segera supaya tidak menjadi barah yang akan merosakkan pelajar dan sistem persekolahan. Isu gejala buli ini bukan sahaja memberi kesan kepada pelajar-pelajar malah ibu bapa juga menerima kesannya. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam menangani gejala buli di kalangan pelajar sekolah.

 

lbu bapa perlu memainkan peranan utama dalam memberi pendidikan awal kepada anak-anak sama ada dalam bentuk nasihat dan contoh yang baik. Seperti yang kita maklum kebanyakan masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa di rumah. Oleh itu, ibu bapa juga mesti menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak pada setiap masa. Malah, pendidikan berbentuk agama juga penting kepada anak-anak agar mereka dapat berkelakuan baik dengan sesiapa sahaja. Di samping itu, teguran secara berhikmah juga wajar dilakukan kepada anak-anak yang berkelakuan negatif sejak kecil lagi

 

Peranan media massa juga amat penting dalam membendung masalah buli di kalangan pelajar. Kuasa media massa dalam mempengaruhi minda pembaca memang tidak dapat disangkal lagi. Banyak rencana-rencana yang dapat memberi kesedaran kepada pembaca, khasnya pelajar sekolah boleh disiarkan dalam media massa. Media elektronik pula boleh menyiarkan berita keburukan buli kepada pelajar dan ibu bapa. Oleh itu, pihak media massa mestilah sedar tanggungjawab sosial mereka untuk menangani masalah buli.

 

Di samping itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membendung gejala buli.  Hal ini kerana apabila seseorang pelajar berada di sekolah, mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan sekolah. Sebagai contoh pelajar perlu diingatkan tentang keburukan amalan buli terhadap diri sendiri dan pihak lain. Pelajar-pelajar yang didapati melakukan amalan buli hendaklah segera diberi kaunseling dan pihak sekolah hendaklah memanggil ibu bapa pelajar berkenaan. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah tidak wajar menyembunyikan kes buli di kalangan pelajar daripada pengetahuan pihak Jabatan Pelajaran agar dapat diambil tindakan.

 

Pelajar-pelajar pula perlu memillh kawan yang baik. Hal ini kerana, rakan sebaya juga boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang pelajar. Pelajar perlu diberi kesedaran tentang ciri-ciri rakan sebaya yang baik. Pelajar juga perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan pelajar yang nakal dan mempunyai tahap disiplin yang rendah.