Tag: aktiviti sekolah

JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar. Di sekolah, terdapat beberapa jenis aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan.

 

Pasukan unit beruniform merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Pasukan unit beruniform ini terdiri daripada Pasukan Pengakap, Kadet Polis, Kadet Romba, Bulan Sabit Merah, Pergerakan Puteri Islam, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain. Antara aktiviti yang dilakukan dalam perjumpaan unit beruniform ialah kawat kaki, perkhemahan dan sebagainya. Aktiviti unit beruniform ini dapat membentuk tahap disiplin yang tinggi dalam diri pelajar. 

 

Selain itu, sukan olahraga juga merupakan aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah. Setiap sekolah akan merancang aktiviti sukan olahraga yang akan disertai oleh semua pelajar.  Antara acara yang dipertandingkan ialah acara padang dan acara balapan. Sesungguhnya, pertandingan kejohanan olahraga tahunan ini dapat membentuk semangat juang yang tinggi kepada pelajar.

 

Aktiviti permainan juga merupakan salah satu kegiatan kokurikulum. Aktiviti permainan ini kebanyakannya dimainkan secara berpasukan dan jumlah pemain adalah berbeza antara satu permainan dengan permainan yang lain. Aktiviti permainan ini boleh dimainkan di padang atau di gelanggang. Contoh aktiviti permainan ialah bola sepak, bola jaring dan badminton. Aktivitl permainan ini boleh membentuk nilai bekerjasama dalam pasukan dan juga sikap tidak mementingkan diri sendiri.

 

Aktiviti kelab juga merupakan kegiatan kokurikulum. Setiap kelab mempunyai ahli jawatankuasa dan guru pembimbing. Antara contoh kelab yang terdapat di sekolah ialah Kelab Catur, Kelab Pencegah Jenayah, Kelab Keselamatan Jalan Raya dan sebagainya. Aktiviti kelab yang dijalankan ini akan memberi pengetahuan dan pengalaman kepada pelajar secara langsung atau tidak langsung.

KEBAIKAN AKTIVITI KOKURIKULUM DI SEKOLAH

Kebaikan pertama menyertai aktiviti kokurikulum ialah dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa lapang perlu diisi dengan kegiatan yang berfaedah supaya masa tersebut tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Pelajar biasanya cenderung untuk menonton televisyen jika tiada kegiatan kokurikulurn di sebelah petang pada hari persekolahan. Oleh itu, penyertaan pelajar-pelajar dalam permainan bola sepak dan bola jaring membolehkan masa lapang mereka diisi dengan aktiviti yang berfaedah di samping dapat menyihatkan badan. Setiap aktiviti kokurikulurn yang disertai oleh pelajar akan membolehkannya menghindari sikap suka membazirkan masa.

 

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga pelajar dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan ini penting kepada pelajar supaya mereka boleh menjalani kehidupan pada masa hadapan dengan lebih sempurna. Pengalaman juga penting kerana dapat membantu pelajar dalam menghadapi sesuatu perkara pada masa hadapan dengan lebih baik. Pengetahuan memberi rawatan kecemasan yang diajar dalam Persatuan Bulan Sabit Merah misalnya membolehkan pelajar memberi rawatan kecemasan apabila ada kemalangan jalan raya berlaku. Selain itu, pengalaman menjadi ketua dalam sesuatu aktiviti kokurikulurn juga dapat membantu pelajar menjadi pemimpin dalam masyarakat.

 

Di samping itu, aktiviti kokurikulum juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar.  Setiap aktiviti kokurikulum mempunyai kebaikannya yang tersendiri dalam mendidik pelajar mengamalkan nilai murni. Amalan nilai murni ini dapat membantu pelajar dalam bidang akademik mereka.

 

Kegiatan kokurikulurn juga membolehkan seseorang pelajar menambahkan kenalan. Kenalan yang ramai membolehkan pelajar bertukar-tukar pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu perkara. Selain itu, pelajar yang banyak kenalan akan lebih ceria dan dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Pelajar juga boleh menambahkan kenalan melalui penyertaan dalam aktiviti kokurikulum di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Namun demikian, pelajar mestilah berhati­-hati dalam memilih kenalan dan pilihan kenalan yang sentiasa bersikap positif dalan kehidupan.

 

Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulurn juga akan membolehkan pelajar menjadi insan yang seimbang. Keseimbangan yang dimaksudkan dalam konteks ini ialah seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Pelajar yang seimbang perkembangan dirinya lazimnya bersikap rajin serta mematuhi suruhan agama. Insan yang seimbang akan belajar dan bermain bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita yang diidamkan. Seterusnya pelajar berpeluang memasuki pusat pengajian tinggi dan memegang jawatan yang baik.