PERANAN PIHAK SEKOLAH UNTUK MENGADAKAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH

Kemerdekaan membawa erti yang amat besar kepada sesebuah negara. Begitu juga dengan negara kita. Sambutan bulan kemerdekaan seharusnya melibatkan semua peringkat masyaraka terutamanya pada peringkat murid sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Sebagai warga sekolah sesungguhnya kita harus mengetahui sambutan Bulan Kemerdekaan ini memang wajar diadakan di peringkat sekolah. Kenapa kita perlu mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah? Terdapat beberapa kebaikan yang diperolehi daripada Program Sambutan Bulan kemerdekaan di sekolah.

MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DI KALANGAN PELAJAR

Antara kebaikan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah ialah dapat memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar. Dengan adanya semangat patriotisme dalam diri pelajar maka mereka dapat menanam sikap cinta akan negara pada setiap masa. Antara aktiviti yang boleh diadakan dan dapat memupuk semangat patriotisme ialah pameran dan tayangan filem tentang peristiwa tuntutan kemerdekaan negara kita. Pelajar yang mempunyai semangat patriotism ini pasti akan mempertahankan negara daripada ancaman musuh pada sepanjang masa.

MENDIDIK PELAJAR MENGHARGAI PEJUANG-PEJUANG KEMERDEKAAN

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga akan membolehkan pelajar menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan. Sesungguhnya jasa pejuang kemerdekaan patut dihargai. Pejuang kemerdekaan ini telah banyak berkorban harta dan nyawa untuk memerdekakan negara. Pelajar juga boleh menghargai jasa pejuang kemerdekaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan di sekolah dengan membuat buku skrap dan biografi tentang tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

MEMUPUK PERPADUAN

Selain itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk perpaduan di antara pelajar yang berbilang kaum. Perpaduan amat panting bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Antara aktiviti sambutan Bulan Kemerdekaan yang boleh memupuk perpaduan ialah Program Kibarkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu patriotik. Pelajar yang sedar tentang kepentingan perpaduan kaum pasti tidak akan melakukan perbuatan yang menyinggung perasaan kaum lain di sekolah yang boleh membawa kepada pergaduhan atau perselisihan faham.

MEMUPUK NILAI-NILAI MURNI DI KALANGAN PELAJAR

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga dapat memupuk nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Amalan nilai-nilai murni ini penting bagi memelihara keharmonian hidup pelajar dl sekolah. Antara nilai-nilal murni tersebut ialah bekerjasama, bertolak ansur dan berfikiran positif. Antara Program Sambutan Bulan Kemerdekaan yang dapat memupuk niial-nilai murni adalah Program Kibarkan Jalur Gemliang dan Sambutan Ambang Merdeka.

MENINGKATKAN PENGETAHUAN PELAJAR MENGENAI PERISTIWA KEMERDEKAAN

Di samping itu, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan juga membolehkan pelajar mendapat pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan. Berbekalkan pengetahuan ini, pelajar pasti mampu menjawab soalan-soalan yang berkaitan kemerdekaan dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar pasti akan dapat lulus dengan cemerlang dalam subjek-subjek tersebut. Pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar bukan sahaja dapat digunakan sewaktu peperiksaan di sekolah, malah dapat digunakan selepas zaman persekolahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *