JENIS KESALAHAN DISPLIN SERING DILAKUKAN DI KALANGAN PELAJAR

Sekolah memainkan peranan penting untuk mendidik para pelajar. Namun adakalanya semasa belajar di sekolah pelajar tidak terlepas dalam melakukan masalah displin. Malah pada suatu ketika masalah disiplin pelajar ini dikatakan semakin serius dan bertambah setiap tahun. Isu disiplin pelajar ini tidak harus dipandang ringan oleh ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya. Jika masalah disiplin pelajar ini tidak ditangani, pasti banyak pihak akan menghadapi masalah. Sebenarnya terdapat beberapa jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar di sekolah.

 

Ponteng Kelas

Antara jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar sekolah ialah ponteng kelas. Pelajar yang ponteng kelas ini akan melepak atau bersembunyi di tempat tertentu di dalam kawasan sekolah. Pelajar juga kerap ponteng kelas apabila sesuatu mata pelajaran tersebut tidak disukai atau mereka tidak menyukai guru mata pelajaran tersebut. Kegiatan ponteng kelas ini perlu ditangani dengan segera oleh pihak sekolah kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada suasana pembelajaran di sekolah.

 

Vandalisme

Kesalahan lain yang sering dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme atau perbuatan merosakkan Harta benda sekolah. Sewajarnya semua pelajar menjaga harta benda sekolah dengan baik kerana kerajaan telah mengeluarkan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan sekolah. Kemudahan yang dirosakkan oleh segelintir pelajar akan mendatangkan masalah kepada pelajar lain. Antara harta benda sekolah yang selalu dirosakkan oleh pelajar ialah kemudahan yang ada dalam tandas seperti kepala paip dipatahkan dan pintu tandas dipecahkan. Sikap pelajar yang suka merosakkan harta benda sekolah ini perlu dihentikan oleh pihak sekolah kerana sikap ini akan mendatangkan pelbagai masalah dan pihak sekolah akan mengalami kerugian.

 

Bergaduh

Di samping itu, pergaduhan juga merupakan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar. Antara sebab berlakunya pergaduhan di sekolah ialah tuduh-menuduh antara pelajar akibat kehilangan sesuatu seperti wang atau barang berharga. Pergaduhan boleh mengakibatkan kecederaan yang akan menyebabkan pihak sekolah terpaksa menghantar pelajar berkenaan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pelajaran. Oleh itu, pihak sekolah mestilah membanteras sikap suka bergaduh di kalangan pelajar terutama pergaduhan yang melibatkan kaum.

 

Merokok

Terdapat juga pelajar yang merokok di sekolah. Pelajar yang merokok sebenarnya telah melanggar peraturan sekolah dan boleh dibuang sekolah jika tertangkap. Pelajar yang merokok ini biasanya mempunyai tahap disiplin yang lemah dan selalu mendatangkan masalah Selain itu, terdapat juga pelajar yang sering datang lewat ke sekolah atau ponteng sekolah. Kebanyakkan pelajar yang datang lambat disebabkan mereka tidur lewat. Terdapat juga pelajar yang datang lewat kerana mereka menghisap rokok di tempat tertentu terlebih dahulu sebelum masuk sekolah.

SEBAB MENDORONG TABIAT MASYARAKAT MEROKOK SEMAKIN MENINGKAT

Isu tabiat merokok kerap menjadi bahan perbincangan pengamal perubatan, pihak kerajaan dan masyarakat secara umumnya. Isu ini menjadi bahan perbincangan kerana dari setahun ke setahun, jumlah pesakit akibat tabiat merokok semakin meningkat. Pertambahan pesakit ini menyebabkan beban kewangan kerajaan juga bertambah. Jika isu tabiat merokok tidak ditangani dengan segera, pasti taraf kesihatan rakyat akan bertambah buruk. Jika diteliti terdapat beberapa sebab yang mendorong kepada berlakunya tabiat merokok dalam masyarakat semakin meningkat.

 

Sikap Ingin Mencuba

Sikap ingin mencuba merupakan antara faktor terjadinya tabiat merokok. Tabiat mencuba untuk menghisap rokok adalah tabiat yang perlu dihindarkan kerana di dalam rokok terdapat banyak bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan pada jangka masa panjang. Sikap ingin mencuba menghisap rokok akan membuatkan seseorang itu akan terus merokok seterusnya mereka akan ketagih. Apablia tidak dapat menghisap rokok, jiwa seseorang perokok itu berasa tidak tenteram dan resah.

 

Pengaruh Rakan Sebaya

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong seseorang untuk menjadi perokok. Rakan yang merokok pasti akan mempelawa rakan yang tidak merokok untuk turut merokok. Lazimnya, mereka akan menerima pelawaan merokok tersebut kerana takut dianggap tidak pandai bergaul atau tidak pandai berkawan. Akhirnya, seseorang yang tidak merokok akan kekal menjadi perokok sehinggalah mereka jatuh sakit atau mati. Selain itu, pengaruh merokok ini juga boleh datang daripada sikap ahli keluarga yang merokok.

 

Pengaruh Iklan Rokok

Iklan yang terdapat di tempat-tempat tertentu juga boleh mempengaruhi tabiat merokok. Dalam kebanyakan iklan ini, perokok digambarkan sebagai seseorang yang hebat dan bergaya. Namun pada realitinya, perokok sebenarnya sering dilanda masalah. Antara masalah yang sering melanda perokok ialah harga rokok yang semakin tinggi dan mereka sering diserang pelbagai penyakit yang berbahaya akibat merokok.

 

Merokok Untuk Mendapatkan Ketenangan Diri

Tabiat merokok juga dikatakan sebagai alat untuk mendapatkan ketenangan diri. Kononnya individu yang merokok akan berasa tenang hidupnya jika dapat merokok setiap hari. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat perokok yang menghisap rokok yang banyak setiap hari. Bagi sesetengah orang, mereka berpendapat tabiat merokok boleh menjadikan minda mereka cergas dan dapat menghasilkan idea-idea yang baru. Namun, realitinya apa yang dirasai oleh perokok itu hanyalah khayalan belaka dan merokok sebenarnya hanya mendatangkan keburukan kepada perokok.

 

Sikap Perokok Tidak Mementingkan Kesihatan

Sikap perokok yang mengambil mudah tentang kesihatan diri juga menjadi penyebab kepada tabiat merokok. Perokok beranggapan jika mereka sakit, ada hospital yang boleh memberikan rawatan. Ada sesetengah perokok pula tidak percaya bahawa tabiat merokok boleh memendekkan hayat seseorang.

LANGKAH MENINGKATKAN AKTIVITI RIADAH DALAM MASYARAKAT

Pihak kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan aktiviti riadah dikalangan masyarakat. Hal ini kerana, pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk membuat perancangan. Dengan sumber kewangan yang ada, pihak kerajaan boleh membina tempat beriadah di seluruh negara. Antara kemudahan yang perlu dibina ialah taman permainan, tempat untuk berjoging dan tempat untuk berkelah.

 

Kementerian Kesihatan juga boleh memainkan peranan dalam usaha meningkatkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat. Kementerian Kesihatan harus mempergiatkan lagi kempen kesedaran hidup sihat. Jabatan dan agensi kerajaan yang lain juga boleh memanggil Jabatan Kesihatan untuk memberi ceramah tentang amalan gaya hidup sihat. Selain itu, program senaman pagi yang dianjurkan oleh beberapa jabatan kerajaan dapat memberi kesedaran kepada kakitangannya supaya mengamalkan aktiviti riadah dan gaya hidup sihat. Masyarakat pula perlu memberikan sambutan dalam menjayakan program-program yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan.

 

Media massa juga berperanan menggalakkan masyarakat melakukan aktiviti riadah. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Antara program yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan stesen televisyen ialah membuat iklan amalan gaya hidup sihat dan mengadakan program senaman. Forum kesihatan juga boleh diadakan dengan menjemput pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan sains sukan.

 

Pihak sekolah juga boleh memainkan perainan bagi menggalakkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG) boleh merancang aktiviti riadah di kalangan pelajar dan keluarga mereka. Aktiviti ini boleh dilakukan dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah

 

Sesungguhnya aktiviti riadah banyak kebaikan kepada kita. Kita hendaklah berganding bahu untuk menggalakkan aktiviti riadah di kalangan masyarakat. Jika ini dapat kita lakukan, maka tahap kesihatan masyarakat Malaysia akan bertambah baik dan kehidupan masyarakat Malaysia akan lebih bahagia. Keadaan ini pasti akan mendorong kepada kemajuan ekonomi negara.

NILAI-NILAI MURNI DALAM KELUARGA

Amalan nilai-nilai murni dalam keluarga kerap dibincangkan dalam majalah dan stesen televisyen. Hal ini kerana amalan nilai-nilai murni dalam keluarga didapati semakin kurang diamalkan. Pada pandangan saya, amalan nilai-nilai murni dalam keluarga perlu clipellhara demi kebaikan keluarga. Terdapat beberapa amalan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan dalam keluarga.

 

Amalan nilai murni yang paling utama dalam sesebuah keluarga ialah nilai sayang­menyayangi. Ibu bapa mestilah menyayangi anak-anak seumur hidup mereka. Anak-anak pula mestilah menyayangi ibu bapa dan mendengar segala nasihat mereka pada setiap masa. Anak-anak juga mesti saling menyayangi antara satu sama lain dan jangan sesekali menyimpan perasaan marah, dendam atau benci.

 

Selain itu, sesebuah keluarga mesti mengamalkan sikap tolong-menolong. Sikap tolong-menolong ini akan menjadikan kehidupan sesebuah keluarga itu lebih rapat dan harmoni. Ibu bapa juga harus menolong anak-anak menyelesaikan apa jua masalah yang mereka hadapi. Anak-anak pula mesti menolong ibu bapa membuat kerja rumah seperti mengemas rumah dan membasuh pakaian.

 

Amalan nilai murni seterusnya ialah amanah. Dengan mengamalkan nilai amanah pasti kehidupan sesebuah keluarga itu akan menjadi lebih tenteram dan bahagia. Ibu bapa akan menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan amanah. Manakala anak-anak pula tidak mencuri barang-barang berharga milik ahli keluarga dan bersikap amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagal anak.

 

Di samping itu, nilal kebersihan juga patut diamalkan dalam keluarga. Amalan kebersihan ini membolehkan ahli keluarga berada dalam keadaan yang sihat. Oleh itu, sampah yang terdapat dalam rumah mesti dibuang ke tempat yang dikhaskan. Ahli keluarga juga mesti menjauhi tabiat merokok kerana perbuatan ini boleh mengotorkan rumah dan menjejaskan kesihatan seisi keluarga.

 

Nilai murni yang lain lalah mematuhi peraturan keluarga. Dengan mematuhi peraturan keluarga pasti kehidupan dalam keluarga akan menjadi lebih tenteram dan harmoni. Anak-anak mesti meminta maaf daripada ibu bapa jika telah melanggar peraturan keluarga. Oleh itu, mesyuarat mingguan keluarga wajar diadakan untuk mengingatkan anak-anak tentang peraturan keluarga yang mesti dipatuhi.

 

Amalan nilai-nilai murni membolehkan sesebuah keluarga hidup dalam keadaan aman dan bahagia. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu mengamalkan nllal-nllal mufni yang diamalkan terlebih dahulu agar dapat dicontohi oleh anak-anak. Sesungguhnya amalan nilai-nilai murni dalam keluarga akan memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

KEBURUKAN PENEROKAAN HUTAN YANG TIDAK TERANCANG

Isu-isu yang berkaitan dengan penerokaan hutan kerap menjadi bahan paparan dalam surat khabar dan televisyen. Hal ini kerana didapati banyak aktiviti penerokaan hutan dibuat secara tidak terancang. Pada pendapat saya, isu penerokaan hutan ini tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Penerokaan hutan yang tidak terancang ini telah mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap alam sekitar.

 

Penerokaan hutan secara tidak terancang telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh. Tanah yang runtuh ini boleh merosakkan harta benda dan membahayakan nyawa orang ramai. Terdapat beberapa kes kejadian tanah runtuh yang berlaku di lebuh raya dan menyebabkan kesusahan kepada pengguna lebuh raya. Selain itu, perbelanjaan yang banyak perlu dikeluarkan oleh pihak kerajaan untuk memperbaiki keadaan tanah yang runtuh tersebut.

 

Penerokaan hutan yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan banjir kilat. Hal ini kerana pokok yang berkurangan di hutan tidak dapat menyerap air hujan yang turun dengan lebat. Banjir kilat boleh menyebabkan kerosakan harta benda seperti perabot rumah, kenderaan, kemudahan awam dan banyak lagi. Kehilangan nyawa atau kematian juga boleh terjadi akibat banjir kilat.

 

Penebangan hutan yang tidak terkawal juga boleh mengganggu kehidupan haiwan yang tinggal di kawasan tersebut. Halwan yang terganggu inl akan keluar ke tempat lain dan kadang-kadang memasuki kawasan perkampungan atau petempatan. Antara haiwan yang sering mengamuk kerana tempat tinggal mereka terganggu ialah gajah. Terdapat juga kes harimau bertindak liar memasukii kampung lalu menyebabkan kecederaan kepada penduduk kampung.

 

Di samping itu, penerokaan hutan secara tidak terkawal juga boleh menyebabkan perubahan cuaca. Lazimnya di kawasan yang tiada lagi pokok atau hutan, cuaca di situ akan menjadi panas dan terik. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk apabila musim kemarau tiba. Selain itu, keadaan tanah pula akan menjadi kering serta merekah dan ia tidak sesual lagi untuk aktiviti pertanian.

 

Penerokaan hutan secara tidak terkawal juga akan menyebabkan kawasan tadahan hujan akan terganggu. Empangan untuk menakung air akan menjadi cetek dan kering pada jangka masa panjang. Apabila takungan air kering, air yang mencukupi tidak dapat dibekalkan kepada orang ramai dan catuan air terpaksa dibuat. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan kesusahan kepada rakyat.

 

Sebagai kesimpulan, penerokaan hutan secara tidak terkawal boleh mendatangkan pelbagai keburukan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar. Pihak berkuasa perlu membuat kajian terperinci sebelum meneroka sesuatu kawasan hutan. Pada pendapat saya pihak kerajaan mesti mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap pihak yang membuat penerokaan hutan secara haram. Sesungguhnya hutan adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan ia mesti dijaga dengan sebaik mungkin.

KEBAIKAN MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH

Beriadah yang dilakukan secara berkala adalah baik dan dapat menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat yang turut menekankan kepentingan aktiviti riadah. Joging contohnya, dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Selain itu, ia juga mempercepatkan proses metabolisme dan dapat mengurangkan berat badan. Jadi, penyakit seperti darah tinggi dan lemah jantung dapat dielakkan.

 

Sesungguhnya, kehidupan berkeluarga amat penting kepada kita. Aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah dan mendaki bukit, jika dilakukan bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Nilai-nilai murni dapat dipupuk di kalangan anggota keluarga. Semangat tolong-menolong dan kerjasama akan menambah keseronokan sesebuah keluarga ketika beriadah. Seterusnya ia akan melahirkan sebuah keluarga yang harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

 

Dengan melakukan aktiviti riadah, kita juga dapat memenuhi masa lapang. Masa lapang harusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Seseorang Individu tidak akan terjebak dalam gejala sosial yang kurang sihat seperti melepak, merokok, pergaulan bebas dan menagih dadah jika selalu melakukan riadah bersama keluarga. DI samping itu, kita juga dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dalam sesuatu perkara yang dilakukan dalam aktiviti riadah. Kita juga dapat menguatkan ketahanan diri apabila melakukan aktiviti yang mencabar seperti menunggang kuda dan mengayuh basikal.

 

Aktiviti riadah adalah pilihan yang tepat kepada pelajar untuk merehatkan otak setelah belajar. Sesungguhnya, otak yang cerdas lahir daripada badan yang sihat. Pekerja juga dapat merehatkan minda setelah seharian bekerja di pejabat. Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun pihak swasta yang turut mengadakan aktiviti riadah adalah satu langkah sangat bijak. Otak yang mendapat rehat yang cukup pastinya lebih kreatif dan kita juga dapat berfikir dengan positif.

 

Seterusnya dengan menyertai aktiviti riadah kita juga dapat menambahkan kenalan yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung, aktiviti riadah dapat juga mengeratkan hubungan antara kaum. Antara aktiviti riadah yang melibatkan pelbagai kaum ialah aktiviti larian amal dan joging. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, perpaduan kaum amat penting. Dengan wujudnya perpaduan kaum yang erat, negara akan aman dan rakyat dapat hidup dengan baik

CIRI-CIRI ANAK YANG CEMERLANG

Anak yang cemerlang merupakan impian setiap ibu bapa. Ibu bapa yang bertanggungjawab akan memberikan kasih sayang dan menyediakan keperluan asas anak-anak mereka. Ibu bapa akan memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan menghantar mereka ke sekolah. Terdapat beberapa ciri yang dimiliki oleh anak-anak yang cemerlang.

 

# Sentiasa Menyayangi Keluarga

Anak yang cemerlang adalah anak yang akan menyayangi keluarganya pada setiap masa. Anak yang cemerlang memahami bahawa kehidupan mereka pasti tidak akan sempurna sekiranya mereka tidak menyayangi keluarga. Mereka juga akan menyayangi keluarga terdekat seperti datuk, nenek, bapa saudara dan emak saudara. Kasih sayang kepada keluarga ini boleh ditunjukkan melalui pemberian hadiah sewaktu hari penting dalam keluarga seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari ulang tahun perkahwinan lbu bapa mereka

 

# Menghormati Orang Lain

Anak yang cemerlang juga akan menghormati orang lain pada setiap masa. Mereka tidak akan membantah suruhan ibu bapa kerana ibu bapa sentiasa menginginkan anak mereka berjaya dalam kehidupan. Anak yang cemerlang juga akan menghormati adik-beradik, terutama yang lebih tua daripada mereka. Jika ada tetamu yang datang ke rumah, mereka akan menghormati tetamu itu dengan sebaik mungkin. Di sekolah, mereka juga akan sentiasa menghormati guru-guru dan sentiasa bersikap positif dengan teguran guru.

 

# Mempunyai Sikap Rajin

Anak yang cemerlang adalah anak yang rajin sama ada di rumah atau di sekolah. Ketika di rumah, mereka rajin membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rutin harian. Antara kerja-kerja tersebut memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan menjaga kebersihan rumah. Manakala di sekolah pula, mereka rajin belajar dan membuat latihan yang diberi oleh guru. Anak yang cemerlang ini minat membaca buku sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

 

# Membalas Jasa Ibu Bapa

Berazam untuk membalas jasa ibu bapa juga merupakan salah satu ciri anak yang cemerlang. Anak yang cemerlang mengetahui bahawa ibu bapa banyak berjasa kepada mereka dengan menyediakan kemudahan asas kepada mereka. Antara kemudahan asas itu ialah makanan, pakaian, tempat tinggal dan rawatan perubatan. lbu bapa juga telah memberikan pendidikan kepada mereka dengan menghantar mereka ke sekolah selama sebelas tahun dan seterusnya mereka dihantar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Setelah mendapatkan pekerjaan, anak yang cemerlang membantuadik-adiknya yang masih bersekolah.

 

# Berdisplin

Selain itu, anak yang cemerlang mempunyai disiplin diri yang tinggi. Oleh itu, anak yang cemerlang sentiasa menghargai waktu mereka dan memenuhi waktu lapang dengan melakukan perkara yang berfaedah. Mereka tidak suka membazirkan masa dengan sesuka hati. Selain itu. mereka berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dalam tindakan mereka. Jika mereka melakukan kesalahan, mereka akan memohon maaf dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut.         

CARA MENGATASI GEJALA MAT REMPIT

Gejala mat rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk menangani masalah mat rempit.

 

lbu bapa adalah pihak yang patut memainkan peranan dalam menangani masalah mat rempit di kalangan anak-anak mereka. Kita sedia maklum bahawa banyak masa anak-anak berada di samping ibu bapa di rumah. Jika ibu bapa membelikan anak-anak motosikal, pastikan pergerakan mereka dipantau pada setiap masa. Ibu bapa yang dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak pasti dapat menghindarkan anak mereka daripada terlibat dalam gejala mat rempit. 

 

Selain itu, masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakan pencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa. Jika semua ahli masyarakat setempat mengambil tangungjawab untuk menghapuskan gejala mat rempit, maka sudah pasti suasana masyarakat akan menjadi lebih tenteram dan harmoni.

 

Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah dipelbagaikan bentuk visualnya supaya dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan golongan remaja.       

 

Kementerian Pengangkutan juga perlu memainkan peranan dan bersikap lebih proaktif. Kementerian Pengangkutan mempunyal kuasa untuk mencari alternatif baru untuk menangani masalah mat rempit. Kementerian Pengangkutan juga boleh bergabung tenaga dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala mat rempit dan lumba haram. Seterusnya, Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankan Kempen keselamatan jalan raya yang memberi penekanan terhadap gejala mat rempit.

 

Di samping itu, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran boleh mengadakan pelbagai aktiviti tentang menangani gejala mat rempit di sekolah-sekolah. Dalam perhimpunan rasmi sekolah pula, pengetua atau guru besar boleh mengingatkan pelajar tentang keburukan menjadi mat rempit. Jika terdapat aduan berlakunya gejala mat rempit, pihak sekolah patut memanggil pelajar berkenaan untuk diberi kaunseling dan nasihat.

PERANAN MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA

Sektor pelancongan telah banyak memberi banyak kebaikan kepada masyarakat dan negara. Sektor perlancongan telah dapat memberi sumbangan dalam menambahkan pendapatan penduduk dan negara. Untuk memajukan sektor pelancongan negara semua pihak mestilah bekerjasama. 

 

# Peranan Aktif Pihak Kerajaan

 Antara pihak yang boleh memainkan peranan utama untuk memajukan sektor pelancongan ialah pihak kerajaan. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewanagan untuk membina pelbagai kemudahan pelancongan. Contohnya,pihak kerajaan boleh membina sistem jalan raya yang baik untuk memudahkan pelancong begerak ke sesutatu kawasan pelancongan.Pihak kerajaan boleh mengadakan Program Tahun Melawat Malaysia bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong asing.

 

# Peranan Pengusaha Hotel

Pengusaha hotel juga boleh memainkan peranan. Pengusaha hotel hendaklah menyediakan kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Pengusaha hotel boleh membuat pakej perlancongan bagi menarik lebih ramai pelanconga dari dalam dan juga luar Negara untuk tinggal lebih lama di hotel mereka. Jika pengusaha hotel mampu mengawalkan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti, saya pasti sektor pelancongan Negara akan terus maju.

 

# Peranan Peniaga Hotel            

Bagi pihak peniaga hotel pula, mereka juga boleh memainkan peranan untuk memajukan sektor pelanconga negara. Contohnya, peniaga mesti meletakkan harga yang beerpatutan terhadap barangan yang dijual. Mereka juga mesti menjaga kualiti barangan yang dijual supaya pelancong berpuas hati dengan barangan yang dibeli. Para peniaga juga tidak wajar mengenakan harga yang berlainan antara pelancong tempatan dengan pelancong luar negara.

 

# Peranan Rakyat

Disamping itu, rakyat Malaysia sendiri boleh memainkan peranan untuk memajukan sektor pelancongan negara. Justeru, semua rakyat Malaysia mesti mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia juga mestilah sentiasa menunjukkan muka yang manis dan selalu tersenyum. Jika terdapat pelancong asing yang bertanya tentang sesuatu pekara, mereka mestilah menjawab dengan baik dan member pertolongan yang sewajarnya.

KEBURUKAN BUDAYA MEREMPIT

Budaya mat rempit yang semakin berluasa kini telah mendatangkan beberapa kesan buruk sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang.

 

# Menyusahkan Diri

Keburukan gejala mat rempit yang pertama ialah menyusahkan diri sendiri. Hal ini kerana, budaya merempit adalah salah di sisi undang-undang jalan raya. Jika mat rempit ditangkap oleh pihak polis, dia boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang. Tempat-tempat yang lazimnya menjadi tumpuan mat rempit ialah di jalan raya tertentu yang dikatakan mencabar untuk aktiviti merempit dan dilakukan pada hujung minggu. Gejala ini juga boleh menyusahkan dan memalukan ibu bapa jika mat rempit didapati bersalah dan ditahan oleh pihak polis.

 

# Mengganggu Masyarakat

Mat rempit juga boleh mengganggu kehidupan masyarakat. Masyarakat berasa tidak selamat lagi apabila berada di jalan raya kerana takut bertembung dengan aktiviti merempit. Suasana sekeliling juga menjadi bising kerana bunyi motosikal mat rempit yang kuat akibat diubahsuai dan boleh mengganggu kehidupan masyarakat. Dalam sesetengah kes, terdapat mat rempit membuli pengguna jalan raya yang dikatakan cuba menghalang aktiviti merempit mereka. Kes mat rempit membelasah pemandu kereta adalah salah satu contoh bahawa aktiviti mat rempit semakin menjadi‑menjadi dan mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat.

                                    

# Menyebabkan Kemalangan Jalan Raya

Aktiviti mat rempit juga telah mengakibatkan pertambahan dalam bilangan kemalangan jalan raya di seluruh negara. Kemalangan jalan raya ini akan menyebabkan kerosakan harta benda, kenderaan dan kehilangan nyawa. Keadaan ini pastinya akan menambahkan beban pihak hospital dan klinik yang sememangnya penuh dengan pesakit. Dalam sesetengah kes, kecederaan parah dan kehilangan nyawa berlaku akibat pertembungan beberapa buah motosikal.

 

# Menyusahkan Pasukan Polis

Aktiviti mat rempit juga telah menambahkan beban pasukan polis. Hampir setiap minggu pihak polis terpaksa mengadakan operasi membanteras kegiatan mat rempit. Pihak polis juga terpsksi berkorban masa dan berjaga malam untuk menangkap mat rempit yang merempit. Terdapat juga 11 kalangan anggota polis yang cedera dilanggar oleh mat rempit dalam operasi pencegahan yang dijalankan. Sesungguhnya, keadaan ini amat membimbangkan kerana gejala ini boleh menambahkan masalah kepada pasukan keselamatan dan negara.

 

# Memburukkan Imej Negara

Kegiatan mat rempit juga boleh menjejaskan imej golongan remaja dan imej negara. Kegiatan mat rempit yang berleluasa ini jelas menunjukkan bahawa golongan remaja di negara kita menghadapi masalah sosial yang agak serius. Kegiatan ini pasti mengganggu usaha kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan. Para pelancong mungkin berasa tidak selamat ketika berada di jalan raya kerana mereka bimbang akan bertembung dengan kegiatan mat rempit. Apabila pelancong berasa tidak selamat lagi berada di negara kita, mereka mungkin tidak akan datang lagi melancong ke Malaysia dan keadaan ini amatlah merugikan rakyat dan negara kita.