6 TEMPAT MELANCONG PALING POPULAR DI SABAH

TAMAN KINABALU

Taman Kinabalu adalah tempat yang paling popular bagi pelancong ke Sabah. Taman Kinabalu ini merupakan pintu masuk utama ke Gunung Kinabalu dan menjadi tapak permulaan bagi para pendaki ke puncak Gunung Kinabalu.

Selain itu, Taman Kinabalu ini terletak 1588 meter di atas paras laut dan keluasan kawasan adalah 754 km persegi iaitu merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit.

Keunikan gunung-gunung di kawasan Taman Kinabalu ini adalah kerana factor geografi yang dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu massif granik yang tembus dari kerak ke permukaan bumi.

RAINFOREST DISCOVERY CENTRE SEPILOK

Rainforest Discovery Centre di Sepilok, Sandakan ini dalah merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan tempat menarik untuk kajian alam semulajadi Borneo. Rainforest Discovery Centre ini juga adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabali Sepilok.

Peloncong boleh bersiar-siar di dalam hutan melalui laluan pejalan kaki kanopi sepanjang 147 meter dan menyaksikan pemandangan hutan hujan yang indah dengan ketinggian 28 meter di atas tanah.

Terdapat juga pelbagai hidupan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan ini sperti musang, pelanduk, tarsier comel, kepelbagaian jenis serangga dan burung.

Selain itu, hutan ini juga mempunyai kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar.

PULAU SIPADAN

Pulau Sipadan merupakan salah 1 daripada 10 pulau tercantik di dunia. Terletak 700 meter dari dasar laut dan keluasan pulau ini hanya 12 hektar iaitu satu-satunya pulau yang terkecil Malaysia. Hanya lebih kurang 25 minit sahaja diambil untuk seseorang berjalan mengelilingi pulau ini.

Tarikan utama pelancong ke Pulau Sipadan adalah kerana mempunyai pelbagai hidupan laut dating dari dasar laut. Pulau ini juga dikelilingi air laut yang sangat bersih dan jernih.

Selain mempunyai pantai yang cantik, Pulau Sipadan juga mempunyai hutan tebal yang menampung pelbagai sepsis burung tropika seperti helang laut, burung rajawali, sunbird, starling dan burung punai.

Di kawasan pantai pulau ini juga, pelancong boleh menjumpai ketam kenari yang bertaburan dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan. Pulau ini juga menjadi tempat hidupan seperti penyu, kumpulan ikan aji-aji, bumphead parrotfish dan ikan alu-alu.

Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada lima buah pulau yang indah. Keluasan Taman Marin Tunku Abdul Rahman ini adalah melebihi 4929 hektar dan dua pertiga daripadanya adalah laut. Untuk sampai ke tempat ini kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari Kota Kinabalu.

Pulau-pulau yang terdapat di Taman Marin Tunku Abdul Rahman adalah Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi. Setiap pulau ini mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang yang pasti menarik minat penyelam yang berkunjung ke sini.

Untuk pelancong yang sukakan aktiviti lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan.Bagi mereka yang mahu melihat Burung Tambun atau Megapode iaitu sejenis burung yang kelihatan seperti ayam dengan kaki besar dan berbunyi seperti kucing bolehlah dating ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman ini.

LEMBAH DANUM

Terletak 83 KM ke barat daya Lahad Datu, Kawasan Pemulihan Lembah Danum menempatkan kepelbagaian flora dan fauna. Di hutan cantic ini kita menjumpai Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Kepelbagaian aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti berjalan di dalam hutan, berenang di sungai, memerhati burung, lawatan hutan waktu malam dan melawat hutan balak dan kilang balak berhampiran.

SAFARI MONKEY TOPS

Di sebalik pokok-pokok bakau yang tumbuh di Semenanjung Tanah Lembap Klias, hutan tanah lembab ini kaya dengan tumbuhan-tumbuhan dan hidupan liar seperti monyet proboscis, monyet ekor panjang (macaqus), buaya, kelip-kelip dan pelbagai spesis burung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *