5 CARA MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Adakah kita mahu tinggal di tempat yang tercemar? Sudah semestinya kita tidak mahu tinggal di tempat yang tercemar. Namun kita tetap juga akan melakukan pencemaran alam sekitar. Perbuatan pencemaran alam sekitar ini perlu dibendung dengan segera oleh semua masyarakat. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengatasi pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa mempunyai masa yang panjang bersama anak-anak. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak membuang sampah ke dalam longkang, laut atau sungai. Selaln itu, lbu bapa perlu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam menjaga alam sekitar.

Peranan Pihak Sekolah

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Contohnya, pihak sekolah boleh ‘menasihati pelajar supaya menjaga alarn sekitar pada setiap masa. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan program gotong-royong untuk mencantikkan persekitaran sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menganjurkan Kempen Sayangi Alam Sekitar agar para pelajar sayangkan alam sekitar dan tidak melakukan perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Peranan Media Massa

Syarikat televisyen dan surat khabar juga boleh memainkan peranan. Sesungguhnya, peranan stesen televisyen dan surat khabar dalam mempengaruhi minda masyarakat memang tidak dapat disangkal. Oleh itu, stesen televisyen perlu menyiarkan gambar pihak-pihak yang telah mencemarkan alam sekitar agar menjadi pengajaran kepada orang ramai. Surat khabar juga boleh menyiarkan rencana bagi mengatasl masalah pencemaran alam sekitar.

Peranan Pemimpin Masyarakat

Pemimpin masyarakat juga boleh membantu dalam menangani masalah pencemaran alam sekitar. Pemimpin masyarakat mesti mengingatkan ahli masyarakat agar sentiasa menjaga alam sekitar dalam kehidupan seharian. Selain itu, pemimpin masyarakat perlu melawat persekitaran tempat tinggal masyarakat setempat dan berusaha mengatasi pencemaran alam sekitar yang ada. Pemimpin masyarakat juga boleh membuat program gotong-royong untuk membersihkan tempat tinggal penduduk di kawasan jagaan mereka bagi mengatasi pencemaran alam sekitar.

Peranan Pihak Kerajaan

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai peruntukan wang bagi melaksanakan program-program mengatasi pencemaran alam sekitar. Pihak kerajaan juga boleh mendakwa pihak yang mencemarkan alam sekitar di mahkamah agar menjadi pengajaran kepada orang lain. Di samping Itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan Kempen Menjaga Alam Sekitar di peringkat kebangsaan bagi memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *