10 SENARAI INDIVIDU TERKAYA DI MALAYSIA PADA TAHUN 2020

Tan Sri Robert Kuok

Berada pada kedudukan nombor satu dengan nilai bersih AS$11.5 bilion. Walau bagaimanapun Kuok antara empat dalam senarai yang kekayaannya merosot lebih AS$1 bilion pada tahun lepas.

Tan Sri Quek Leng Chan

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong, pada kedudukan kedua terkaya dengan pertambahan AS$300 juta dalam kekayaannya pada tahun lepas. Kini nilai kekayaan beliau adalah sebanyak AS$9.7 bilion.

Tan Sri Ananda Krishnan

Tan Sri Ananda Krishnan dari Maxis menduduki tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.9 bilion, susut AS$300 juta berbanding tahun sebelumnya.

Tan Sri Dr Chen Lip Keong

Pada tahun lepas pertumbuhan yang menggalakkan di kompleks kasino NagaWorld milik hartawan kasino Tan Sri Dr Chen Lip Keong ini di Kemboja telah membantu meningkatkan nilai bersihnya sehingga 6.0 peratus kepada AS$5.3 bilion.

Tan Sri Dr Teh Hong Piow

Pengasas Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, menyaksikan kekayaannya menerima kesan daripada cabaran dalam industri perbankan Malaysia, merosot dua anak tangga daripada No. 3 pada tahun lepas. Kekayaan Tan Sri Dr The Hong Piow menyaksikan AS$1.85 bilion berkurangan daripada kekayaannya sejak senarai sebelum ini berikutan saham dalam Public Bank, bank kedua terbesar negara itu dari segi nilai pasaran, merosot kira-kira 30 peratus. Nilai terkini adalah AS$4.85 billion.

Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng

Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng berkongsi AS$4.8 bilion yang ditinggalkan oleh bapa mereka, Tan Sri Dr Lee Shin Cheng, arkitek empayar sawit dan hartanah IOI Corporation Bhd, yang meninggal dunia Jun lepas.

Tan Sri Lim Kok Thay

Kekayaan Tan Sri Lim Kok Thay adalah AS$3.2 bilion. Walau bagaimanapun menyaksikan kekayaan beliau merosot lebih AS$1.2 bilion.

Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng

Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng  menyaksiakan kekayaan mereka sebanyak AS$3 billion.

Kuan Kam Hon

Kuan Kam Hon yang mempunyai kawalan ke atas Hartalega Holdings, pengeluar sarung tangan getah nitril terbesar dunia. Nilai bersih beliau meningkat AS$400 juta kepada AS$2.8 bilion, daripada AS$2.4 bilion pada tahun lepas.

Lau Cho Kun

Lau Cho Kun dari Hap Seng, AS$2.3 bilion menyaksikan kekayaan beliau merosot lebih AS$1.1 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *